Seorang suami yang menyangka isterinya mempunyai masalah pendengaran pergi berjumpa dengan seorang doktor pakar mengadu tentang hal isterinya..

"Doktor, saya dah tak tahan lagi...setiap kali saya panggil namanya..langsung tak menyahut..Saya tanya tidak dijawab...Bila saya ajak utk jmpa doktor..dia menolak..katanya dia tidak ada masalah..bingung saya doktor!."

Doktor dengan tenang menjawab..

"Okey..kita akan buat pemeriksaan secara halus terhadap isteri encik..Macam ni..Encik masuk rumah nanti...Dari pintu depan encik jerit sesuatu pada isteri encik..jika tidak disahut..encik terus ke satu point lain...buat perkara yang sama...teruskan hinggalah dia membalas..Kita nak ukur sejauh mana isteri encik punya pndengaran.."

Maka si suami pun bergegas ke rumah..Sesampainya di rumah..

Dia membuka pintu depan memberi salam..

tiada respon...

Dia melihat tiada orang di ruang tamu..dia menyangka isterinya berada di dapur mungkin..maka dia melakukan perkara yang disuruh doktor pakar..

"Sayang..Masak apa hari ni??.." dengan nada suara yang amat tinggi...

tiada respon..

Si suami meneruskan ke ruang tamu...Dia menjerit..

tiada respon...

Dia terus menjerit soalan yang sama...hinggalah ke sinki dapur..di hadapannya adalah isterinya..

Si suami menjerit..

Si isteri berpaling dan berkata:

"Ya Allah! Apa masalah kamu?? Dari tadi saya menjawab saya masak gulai ikan hari ni!! Apa yang kamu nak saya jawab lagi?? .."nada tidak puas hati si isteri tidak mampu disembunyikan lagi..

-------******-------

kisah di atas berakhir dengan natijah:

Sebenarnya...si suami yang mengalami masalah pendengaran jarak jauh! Namun dipersalahkan isterinya..Aduh!

Jika kita teliti dan hayati kisah ini..hakikat inilah yang kita sedang alami dalam kehidupan kita..dalam peranan seorang "pendakwah" a.k.a "Da`ie" [kononnya..] yang sibuk berdakwah sana sini..mengingatkan manusia tentang firman ilahi..

Mencegah manusia terleka dengan dunia, hatta mereka yang terlupa bahawa mereka juga manusia!

Kata mereka..:

"Masyarakat sekarang dah tak ingat tuhan..Tuhan pasti murka dengan mereka! kita tegur tak mahu dengar langsung! Inilah tanda Tuhan tidak wujud dalam hati mereka!.."

Sedangkan...

Seribu satu sifat fitrah insani Allah suburkan pada hati manusia..Siapa kita yang tahu Tuhan "murka" pada golongan itu? "Tuhan"kah kita??

Mereka ini menyalahkan golongan yang menolak seruan suci mereka yang menjerumuskan diri mereka sendiri ke lembah fitnah hina dina!

Siapa kita utk me"mastikan" dakwah itu sampai pada golongan lain?? Sedang Rasul sendiri tidak mampu memberi hidayah pada bapa saudara tercinta!

Lalu...kita salahkan sikap golongan inilah yang menyebabkan dunia tidak aman?
golongan yang menolak dakwah inilah yang mengundang kemurkaan Tuhan?

Namun tanpa kita sedari...Kita yang mengaku PENDAKWAH kononnya PENYELAMAT DUNIA inilah penyebab yang mengundang perkara2 yg kita sendiri tidak ingini...

Benarkah cara dakwah kita?

Apa kita melakukan apa yang kita anjurkan??

Berdakwah seikhlas hati atau sekadar suka hati???

Kita berdakwah memanggil insan kepada Allah...atau??

Lantas menyalahkan mereka tanpa melihat langsung kesalahan kita sendiri...

siapa kita? kita masih manusia...yang fitrahnya tidak akan sesekali terlepas dari kesalahan!

di mana kita atas bumi dakwah ini?? Kita masih setahun jagung bersama kembara berliku ini..

Da`ie sejati adalah mereka yang berdakwah atas fitrah suci..Mereka bukan menghukum insan lain sesuka hati..

Ayyuhad Dua`t!

Kembalilah kepada fitrah insani...kamu juga manusia...

maka untuk me"manusia"kan manusia...Jadilah Manusia!

Ingatlah..

"..Kita adalah Dua`t..Bukan Hakim.."



0 comments:

top