Seorang suami yang menyangka isterinya mempunyai masalah pendengaran pergi berjumpa dengan seorang doktor pakar mengadu tentang hal isterinya..

"Doktor, saya dah tak tahan lagi...setiap kali saya panggil namanya..langsung tak menyahut..Saya tanya tidak dijawab...Bila saya ajak utk jmpa doktor..dia menolak..katanya dia tidak ada masalah..bingung saya doktor!."

Doktor dengan tenang menjawab..

"Okey..kita akan buat pemeriksaan secara halus terhadap isteri encik..Macam ni..Encik masuk rumah nanti...Dari pintu depan encik jerit sesuatu pada isteri encik..jika tidak disahut..encik terus ke satu point lain...buat perkara yang sama...teruskan hinggalah dia membalas..Kita nak ukur sejauh mana isteri encik punya pndengaran.."

Maka si suami pun bergegas ke rumah..Sesampainya di rumah..

Dia membuka pintu depan memberi salam..

tiada respon...

Dia melihat tiada orang di ruang tamu..dia menyangka isterinya berada di dapur mungkin..maka dia melakukan perkara yang disuruh doktor pakar..

"Sayang..Masak apa hari ni??.." dengan nada suara yang amat tinggi...

tiada respon..

Si suami meneruskan ke ruang tamu...Dia menjerit..

tiada respon...

Dia terus menjerit soalan yang sama...hinggalah ke sinki dapur..di hadapannya adalah isterinya..

Si suami menjerit..

Si isteri berpaling dan berkata:

"Ya Allah! Apa masalah kamu?? Dari tadi saya menjawab saya masak gulai ikan hari ni!! Apa yang kamu nak saya jawab lagi?? .."nada tidak puas hati si isteri tidak mampu disembunyikan lagi..

-------******-------

kisah di atas berakhir dengan natijah:

Sebenarnya...si suami yang mengalami masalah pendengaran jarak jauh! Namun dipersalahkan isterinya..Aduh!

Jika kita teliti dan hayati kisah ini..hakikat inilah yang kita sedang alami dalam kehidupan kita..dalam peranan seorang "pendakwah" a.k.a "Da`ie" [kononnya..] yang sibuk berdakwah sana sini..mengingatkan manusia tentang firman ilahi..

Mencegah manusia terleka dengan dunia, hatta mereka yang terlupa bahawa mereka juga manusia!

Kata mereka..:

"Masyarakat sekarang dah tak ingat tuhan..Tuhan pasti murka dengan mereka! kita tegur tak mahu dengar langsung! Inilah tanda Tuhan tidak wujud dalam hati mereka!.."

Sedangkan...

Seribu satu sifat fitrah insani Allah suburkan pada hati manusia..Siapa kita yang tahu Tuhan "murka" pada golongan itu? "Tuhan"kah kita??

Mereka ini menyalahkan golongan yang menolak seruan suci mereka yang menjerumuskan diri mereka sendiri ke lembah fitnah hina dina!

Siapa kita utk me"mastikan" dakwah itu sampai pada golongan lain?? Sedang Rasul sendiri tidak mampu memberi hidayah pada bapa saudara tercinta!

Lalu...kita salahkan sikap golongan inilah yang menyebabkan dunia tidak aman?
golongan yang menolak dakwah inilah yang mengundang kemurkaan Tuhan?

Namun tanpa kita sedari...Kita yang mengaku PENDAKWAH kononnya PENYELAMAT DUNIA inilah penyebab yang mengundang perkara2 yg kita sendiri tidak ingini...

Benarkah cara dakwah kita?

Apa kita melakukan apa yang kita anjurkan??

Berdakwah seikhlas hati atau sekadar suka hati???

Kita berdakwah memanggil insan kepada Allah...atau??

Lantas menyalahkan mereka tanpa melihat langsung kesalahan kita sendiri...

siapa kita? kita masih manusia...yang fitrahnya tidak akan sesekali terlepas dari kesalahan!

di mana kita atas bumi dakwah ini?? Kita masih setahun jagung bersama kembara berliku ini..

Da`ie sejati adalah mereka yang berdakwah atas fitrah suci..Mereka bukan menghukum insan lain sesuka hati..

Ayyuhad Dua`t!

Kembalilah kepada fitrah insani...kamu juga manusia...

maka untuk me"manusia"kan manusia...Jadilah Manusia!

Ingatlah..

"..Kita adalah Dua`t..Bukan Hakim.."



Kisah terakam...

"..Seseorang telah tertangkap ketika sedang mabuk maka dia diadili. Khalifah ketika itu, Umar al-Khattab r.a bertanya mengapa dia melakukan perbuatan berdosa tersebut?

Jawabnya..:"..Yang saya lakukan ini merupakan takdir-Nya.."

Mendengar jawapan lelaki itu..Umar al-Khattab turun dari tempatnya dan menghampiri lelaki tersebut. Kemudian Khalifah menamparnya dengan kuat! Lelaki tersebut tertanya-tanya.

Umar r.a berkata: "..Ini juga Takdir-Nya!.."

------------------*****--------------------

Pada satu kuliah malam Ustadz Sayuti Hj. Ramli..

"..Kita tutup majlis ini dengan tasbih kifarah dan suratul- A`sr..."

"..Ustadz..Ana ada satu soalan.." tanya seorang pelajar..

Ustadz Sayuti mengangguk tanda bersedia mendengar..

"..Apa kita nak cakap pada orang yang selalu bangun lambat, bila kita kejut untuk solat Subuh, dia kata.."Jangan la marah ana..dah Allah takdirkan ana bangun lambat..nak buat macam mana?.." pertanyaan itu mati di situ..

Semua pelajar menanti jawapan dari Ustadz.

Sambil tersenyum...
"..Kamu ambil kayu..kamu pukul dia kuat-kuat..dan kamu kata padanya.."..Ini juga takdir Allah!.."

Semua pelajar tersenyum puas mendengar jawapan itu!

Jangan sesekali kamu SALAHKAN TAKDIR!!!
Salam..

[..Setelah sekian lama menyepi dalam mencoret lakaran hati di ruang ini...kini jariku mula bertapak kembali...]

"..Waduh2..panas nih...nasib baik ana pakai baju t-shirt kat dalam jubah ni....kalau tak...memang mandi peluh la ana ni.." keluh seorang sahabat ketika pulang dari masjid al-A`la...selepas menunaikan solat Jumaat..

Pengalaman ku di bumi Azhar...terlalu banyak keluhan dan ungkapan yang membangkitkan obor kelemahan jiwa kedengaran...terlalu kerap..

Kerana??

Sungguh, Al-Azhar ini merupakan sebuah medan yang benar-benar menguji ketabahan dan kesabaran...Mungkin "mereka" berhak mengatakan:

"..Alah..standard laa...sekolah lain pun susah jugak...nak belajar.. mesti lah kena berkorban!.."

"...Macam la Azhar tu miskin sangat...sama je macam sekolah lain...bangunan, makmal, komputer, macam biasa la...apa yang kurangnya??..."

Namun..."kami" yang merasai bahang kepahitannya lebih memahami...

Benar kata pepatah arab...[Siapa yang MERASA, dia yang MENGETAHUI!]

Terutamanya our first batch...of SmAz!!

Apa yang "teruji" sangat di bumi Azhar ni?

Huh...mudah sahaja di sebut..namun tidak akan sama rasanya pada bahu yang memikul...

Siangnya...
Hafazan Quran..Kelas ilmiah akademik dan diniah...dengan cuaca yang sering menjanjikan kepanasan...

Tips nak berjaya di SMAZ??

"..Antum kena hafal semua maddah yang kita belajar..."

Itu baru Diniah!! Akademik juga tak dilupakan...

"...Subjek-subjek ni penting untuk masa depan antum semua ni..."

Hafazan Quran!!

"...Kullu yaum..aqallusy-syai`, `Arba`ah sofhat..!"

Dan banyak lagi cabaran yang "kami" tempuhi hanya untuk mencapai satu misi...

Tak pernah rasa nak pindah ke??

Pindah??

Selalu terfikir...dan perancangan ke arah itu sudah terlalu banyak...

Sebab-sebab mahu berpindah?

Mudah...

"Sekolah kita ni tak sistematik langsung.."

"Disiplin kita teruk sangat.."

"..Ana tension betul dengan pelajaran kat sekolah ni...banyak sangat...ana tak boleh fokus!!"

"..Ana tak suka la dia tuh...suka betul denda org ikut hati dia je..."

Dan bermacam alasan lagi...

Persoalan...

Kenapa aku tergerak untuk menulis semua ini...

Bukan hanya sekadar melepaskan ledakan jiwa yang kian lama mencengkam diri...

Lantas membungkam mulut untuk bertutur...

Kerana...

Pada suatu hari...

"..Ana rasa menyesal sangat pindah dari sekolah ni....tengok la...anta pun dah jadi hafiz...kalau ana stay lagi...insyaallah ana pun hafiz mcm anta kan?? Rugi kan pindah?? AAaaaaHHhh!!! Menyesal betul...KALAULAH DULU TU ANA LEBIH BERSABAR...."

Ini satu keluhan realiti yang terpacul dari seorang insan..

Yang kini hanya bergelar..

bekas pelajar Sekolah Menengah Al-Azhar...

Tulus dari hati yang murni..

Telus dari lisan yang jujur...

AYYUHAL IKHWAH!!

Sungguh Allah itu Maha Kaya...dan Dia mampu memberi nikmat Nya pada sesiapa jua yang dikehendaki...

Praise be to Allah!

Atas satu nikmat yang dikecapi bersama di medan Azhar ini...

Namun ramai yang tidak menyedarinya...

SABAR!!

"Kami" juga insan biasa...

Yang semestinya inginkan perubahan dalam hidup ini...

Namun "kami" ini dipilih Allah...

Untuk TERUS BERSABAR dalam menempuh liku berduri ini...

"Kami" di tentukan untuk TERUS BERDIRI di jalan ini...

Biar jatuh tersadung...

"Kami" bangkit kembali...

Biar sakit rasanya...

"Kami" akan TERUS TETAP di sini...

Kerana "kami" yakin....

Ini pasti satu susunan takdir..

Yang menyimpan seribu satu hikmah...

Teringat pula kisah "kami" ketika pulang dari masjid al-A`la...

Seusai solat Jumaat...

Kami menaiki bas ust. Borhan yang serba lama...

Pasti sekali tidak tersedia padanya penghawa dingin...

Namun cukup selesa pada pandangan "kami"!!

Tika itu...

Datang sebuah bas sekolah yang lain mengambil tempat di sisi bas "kami"...

Kenderaan "mereka" dilengkapi siap dengan penghawa dingin...

Set televisyen...

Pemain CD putar...

Cukup segala kemudahan yang menggambarkan kemewahan "mereka"...

Lantas "mereka" memandang "kami"...

Yang sedang giat mengipas diri masing-masing..

Ibarat telur dipanggang bara...

Lantas..

"Mereka" "BERPURA-PURA" menggigil..

"BERPURA-PURA" menahan kesejukan yang amat sangat melalui penghawa dingin...

Sambil tertawa beramai-ramai...

dengan renungan mengejek...

Hhhhmmmm....

"Kami" di sini tersenyum dek gelagat "LUCU" "mereka"...

Kata hatiku...

"..Biarkan "mereka"...Kerana Allah telah memilih "kami" untuk berada dalam kesusahan dan kepayahan ini..."Kami" yakin pada rahsia hikmahNya...Malah ia membuatkan kami sedar...bahawa "KAMI" SEDANG di DIDIK UNTUK TERUS SENYUM DALAM KEPAYAHAN...KERNA ITULAH ERTI SEBUAH KESABARAN..."

[doakan "KITA" terus-menerus berjalan seiringan atas jalan-Nya]

Nostalgia!


Truut…Truut…Truut..


[lima minit berlalu]


Subhanallah..Masa itu pantas sekali putarannya..hatta “saat” itu “berlari” melebihi kelajuan cahaya ...malah lebih laju dari itu…hinggakan tidak sempat untuk kita kejari!


Kerana itulah insan diingatkan Allah perihal masa..


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yg beramal soleh. Dan menasihati dengan kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.”


Sungguh, Allah mengetahui perihal hambanya. Kerana Dia yang mencipta, sudah pasti Dia mengetahui apa yang terdapat dalam diri insan itu!



Teringat kembali kenangan suka duka 2009, tika mana diri ini sedang berjuang di sebuah medan “tahfidz”…Manis sekali pengalaman itu..Ianya sebuah rahmat ke atas kami..


Kata ustadz Hasan..Ketika kami sudah lemah dalam perjuanagn menghafaz…Penat, malas, tidak bersemangat…futur barangkali..

“..Sebenarnya..ini adalah nikmat pada kita semua..namun kita tak menyedarinya…kita pernah berdoa:-

‘Allahumma, rahmati kami dengan Quran, Dan jadikan ia ke atas kami imam, cahaya, petunjuk dan rahmat…

Allahumma, ingatkan kami apa yang dilupakan kepada kami…dan ajarkanlah apa yang tidak kami ketahui…Dan kurniakan pada kami bacaannya (tilawahnya), Setiap malam dan setiap pagi (siang), Dan jadikan ia sebagai hujjah kepada kami..’

Maka, Allah mengkabulkan doa-doa kita..teatapi insan itu sesungguhnya jahil dan bongkak, lantas tidak bersyukur..sehinggakan atas apa yang telah diminta kepada Allah jua!!”


Tersentak jiwa alpa...Kembali bangun! Sungguh, kami tidak mahu digolongkan dalam golongan yang kufur akan nikmat Ilahi..



Ustadz Habil pernah bermadah tika hari terakhir kami bersua..di kala tiket bas di genggamannya…


“..Ustaz minta maaf atas semua kesalahan dan kesilapan yang ustaz pernah buat pada antum..Sejujurnya..Ustaz sayangkan antum semua macam adik-adik ustaz…mungkin kekadang ustaz pernah marah antum..buat antum tension, tapi percayalah…ustaz buat semua tue utk kebaikan antum..Ustaz doakan antum dapat menghafaz Quran 30 juzuk tahun ni jgk…Ustaz percaya antum boleh…Ustaz kenal setiap kelebihan dan kekurangan antum…Kekadang ustaz pun timbul rasa kesal..Semua orang panggil ustaz ‘al-Hafiz’..tapi banyak lagi sikap-sikap ustaz yang tak melambangakn ciri-ciri seorang hafiz…dan ustaz pasti mengharapkan yang terbaik utk antum..moga antum jadi lebi baik daripada ustaz!..”


Kalam itu diiringi titisan air mata nan suci..Oh, indah sungguh rahmat itu!



“..Muallimah hairan..ni ke sifat-sifat para huffaz yang berikrar nak hafaz Quran! Bila muallimah tak datang, antum tidur, bila muallimah ada…antum semangat menghafaz…Antum menghafaz utk siapa?? Allah ke Muallimah?! Muallimah harap lepas ni..tak ade lagi macam ni..Sepatutnya, Quran itu mesti sentiasa di tangan antum! Buktikan padanya yang antum cintakannya!..”


Tegas kata Muallimah Maznah di balik wajahnya yang lembut..Benar… jangan disangka wajah yang lembut lesu hatinya..bahkan tangan longlai yang mengayun buaian pun mampu menggoncangkan dunia!!


Hati ini sentiasa alpa dek dikaburi warna-warni dunia…Hakikatnya..insan itu perlukan PERINGATAN sepertimana tumbuhan memerlukan air!



“Ana serahkan soal amanah pada diri antum sendiri…Antum semua dah besar, kalau masa tahfidz yang ditetapkan lima jam..mata antum mesti menghadap quran sahaja sepanjang tempoh tu…Memanglah benda ni berat..tapi inilah mujahadah!..”


Tegur ustaz Ghazali…Sememangnya kenakalan kami sering menggoda agar menyibukkan diri dengan aktiviti lain ketika waktu tahfidz berjalan…

Insaf pabila diperingatkan tentang amanah pada ibu bapa…guru...sekolah...Ummah...dan yang paling besar, amanah kami pada Allah S.W.T….


Help us make due!



Ustaz Muhsin mungkin guru tahfiz kami yang paling tinggi kesabarannya melayan karenah kami…Insan kelahiran Yaman itu mugkin hanya mampu bersabar atas kami kerana mempunyai kesukaran memahami kata-kata pertuturan bahasa Melayu..


Ha ha..tapi nasihatnya amat kami fahami..hayati dan amati..


“..Ustaz sebenarnya cemburu sangat dengan kamu semua…kerana kamu sentiasa di-Rahmati..setiap hari…minit…dan saat…sepanjang masa antum membaca Quran..

Walau antum tidak mengkehendakinya…malas membaca..namun antum tetap dirahmati..atas setiap huruf yang antum tuturkan..Subhanallah..,

Maka, Ayyuhasy syabab…berbahagialah…Kerana antum sedang berada di bawah naungan rahmat Ilahi!..”


Aku sendiri tersentak…Kerdpan mata-mata kami terhenti seketika sambil lisan tidak henti-henti melafazkan kalimah syukur ke atasNya..lantas hati membenarkannya…


Ya Allah, jangan Kau “usir” kami dari lembayung Rahmat Mu ini…Ameen..



Dan sekarang..


Aku tersenyum mengenang semua kata hikmah para asatizah yang telah atau sedang meninggalkanku di medan ini..Ku pohon agar langkah mereka sentiasa dirahmati sebagaimana mereka bertungkus-lumus “membina” lembayung Rahmat Ilahi terhadap kami..Percayalah, kaki-kaki ini sedang menjejakimu..Moga kita dikumpulkan dibawah lembayung RahmatNya dalam mahligai agungNya..Jannatul Firdaus sana!


Sekarang…


Aku masih tersenyum menaip punat-punat papan kekunci…agar memori manis ini dapat dikongsi bersama para sahabat maya lain..Ku pohon agar mereka yang membacanya juga dirahmati…Sungguh, Dia Maha Pemurah dalam MEMBERI Rahmat!


Dan ku harap agar para sahabat seperjuangan juga tersenyum di kala membaca…Kerana senyum itu juga Rahmat!


Salam bwat semua..
"..Haa...tak dak entry baru ke kt blog??.."
Tertanya-tanya...apalah sgt yg ingin di hapdet kan di atas kertas maya ini..
(.......<>........)
Mungkin ada yang menyedari...dan ada juga yang tidak, mahupun dibuat-buatnya tidak mengerti..Kitaran hidup kita di dunia ini mempertemukan kita dgn pelbagai peristiwa...yg pnuh dengan hikmah dr Ilahi...Saban hari kita menghitung peningkatan usia..satu perkiraan yang memerlukan kepastian akan setiap keputusan yang kita pertaruhkan pada tiap detik nafas ditarik dan dihembus..

Entah mengapa jiwa ini sentiasa memberontak..menginginkan yang batil dan menolak ke tepi yang haq...sedang pada fitrahnya, kita semua terikat dengan tali pada pihak kebenaran...tapa ammarah ini memaksa dan menggoda..hatta rayuan sang iman langsung tidak dihiraukan..

Para pemilik jiwa pelupa...


Kita dikurnia Tuhan dengan satu nikmat...buat penentu halnya kita di masa depan..Ikhtiar...
Tika saat kita diserang raja nafsu dan angkatannya...kita sebenarnya mampu melawannya...namun sebahagian dari kita merelakan kerajaan jiwanya ditawan...tanpa sebarang tindakan...Ada juga mereka yang hanya mampu menahan...lantas mengurung sang raja di sudut tirani jiwa...Inilah golongan Mujahadah!!

Tetapi masih ada yang mampu menyahut cabaran sang raja untuk berperang...tatkala semboyan dibunyikan...Maka, pedang dihunus...pecutan kuda-kuda perang bertambah kencang seiring dengan denyutan jantung sang pejuang...Kencangnya bukan kerna takut dan gentar...tetapi kencangnya itu dek semangat juang yang berkobar-kobar..tiada istilah kalah dalam kamus jiwa golongan ini...Keyakinan hati itu membuatkan mereka tak mengenal erti putus asa dalam hidup..Maka berbahagialah golongan ini!!


Maka pencarian satu konklusi selesai...Kita mempunyai seribu alasan untuk marah dan geram terhadap sesuatu peristiwa yang melanda...namun di balik semua, kita masih mampu memilih untuk tersenyum..Fikirkanlah...

[Mencari satu konklusi]

[Wallahu A`lam]



Salam!!

UuuuuHHhhhhOOOooouuuuuaaaAAAHhhhhhh!!!!
[tarik nafas panjang2]

Praise be to Him!!

Senyum lah panjang2 [hatta mencecah ke telinga sekalipun], kerana setiap hari, jam, minit, dan saat kita masih diberi hadiah "hidayah" dari tuhan!! Kita sedang di beri walau tidak meminta, kita di beri tanpa sebarang syarat dari Nya, kita di beri dengan percuma...persoalan?? Bila kita pula kita MEMBERI?? Apa yang kita BERI?? Sudahkah kita memBERI??

[baru prolog tuh..heh..btul ke prolog mcm tu eh?? aaaa..prolog tu ape??]


al_Keesah.. "Jadi..kita tutup majlis ihtifal ini dgn tasbih kifarah dan Suratul A`sr..." Maka secara rasminya, tamatlah program Daurah tahfidz al_Azhar buat julung2 kalinya..Segala puji bg Allah...Pencapaian daurah ini amat memberangsangkan...dalam masa 3 minggu 1 hari..

-2 peserta berjaya menghafaz 7 juzuk
-1 peserta berjaya menghafaz 6 juzuk
-15 org peserta berjaya menghafaz 5 juzuk
-3 org peserta berjaya menghafaz 4 juzuk
-1 perserta berjaya menghafaz 3 juzuk
-10 org peserta berjaya menghafaz 2 juzuk

[Takbir!!]

Satu kejayaan yang membanggakan..Tahniah buat Ustadz Sayuti dan Ustadz al-Hasan yg berjaya merealisasikan impian para peserta...dan bersamalah kita bersyukur atas kurniaan Rahmat yg mulia ini...Subhanallah...Manis sekali nikmat ini..

............................................

Maka bermulalah episod baru dalam men-update blog-blog yg bersawang!!

Nantikan episod seterusnya!!

[Wallahu A`lam]

Salam "Pertemuan dan Perpisahan"!!

[ni mungkin post terakhir sebelum kembali sambung berjuang di medan selera? bukan2...medan ilmu..so, doakan moga rahmat Allah sentiasa meliputi kita tak kira di mana pun kita berada..Ameen..]

-"..akmal..susah akmal kt sana tkpa...susah sambil dpt pahala...cuba bayangkan depa yg dok usaha dan bersusah-payah nk buat dosa...depa berusaha bersungguh2..tp utk buat dosa..."

[Aku dahagakan rahmat-Nya]

-"..Akmal tak jadi pi indon ke, Ayah??.."

"..Tak kut...Ayah nak jumpa lagi anak sulung lelaki ayah kat sini.."


[Aku harapkan rahmat-Nya]

-"..Kat sini pun anta boleh berjaya..bila anta fikir anta boleh...anta pasti boleh!!..."

[aku menghampiri rahmat-Nya]

Just a simple words to burn up the spirit..May Allah bless us...always...

<<<...>>>

al-kisah...

Semua orang tgh bercuti...melancong, update blog, shopping, rehat, dan macam2 lagi aktiviti yg "insan2" bercuti boleh buat...

"..Antum tak boleh balik hujung tahun ni...kita akan adakan tahfidz intensif...dalam sebulan antum akan hafaz lebih kurang 5 juzuk..."

Keputusan muktamad!! No excuse!! kena ikut program!! tak kira macam mana pun!!

Ini satu pengorbanan..yang mungkin dilihat insan berkaliber sebagai hal yg remeh..

"..hek eleh..antum tk cuti 2 bulan tak kan tak boleh..benda kecil je tu...nama pun tahfidz...mesti la kurang cuti..."

Namun, ini persoalan kepada KAMI...yang masih belum pernah menempuhi ranjau perjuangan sepahit ini..
Ahh...biarkan!! Bukankah kita sedang berjuang...perjuangan mana yang tak menuntut pengorbanan? Pengorbanan, kepahitan, dan bermacam lagi sakit derita itu satu kemestian dalam perjuangan!!

Dan aku yakin..aku boleh...I can do this!!

So..



"..Tell everybody I'm on my way
New friends and new places to see
With blue skies ahead yes
I'm on my way
And there's nowhere else
that I'd rather be

Tell everybody I'm on my way
And I'm loving every step I take
With the sun beating down yes
I'm on my way
And I can't keep this smile off my face

'Cause there's nothing like seeing
each other again
No matter what the distance between
And the stories that we tell
will make you smile
Oh it really lifts my heart

So tell 'em all I'm on my way
New friends and new places to see
And to sleep under the stars
Who could ask for more
With the moon keeping watch over me

Not the snow, not the rain
Can change my mind
The sun will come out, wait and see
And the feeling of the wind in your face
Can lift your heart
Oh there's nowhere I would rather be

'Cause I'm on my way now-
well and truly
I'm on my way now

(I'm on my way now)
REPEAT

Tell everybody I'm on my way
And I just can't wait to be there
With blue skies ahead yes
I'm on my way
And nothing but good times to share

So tell everybody I'm on my way
And I just can't wait to be home
With the sun beating down yes
I'm on my way
And nothing but good times to show
I'm on my way

Yes, I'm on my way.."


[here we comes..]

[Wallahu Ta`ala A`lam!!]
top